Abstract
Tulisan khat/Jawi pernah menjadi skrip ilmu, komunikasi dan bahasa perantaraan (lingua franca) yang penting di kalangan masyarakat alam nusantara terutama di Tanah Melayu. Tetapi ia makin pupus dan kini sudah tidak mempunyai nilai komersial dek kerana kerakusan manusia mengejar linguistik kemodenan di tambah pula dengan lulusnya Akta Bahasa Kebangsaan 1964 yang mana merupakan penamat kepada tulisan Khat/Jawi. Bagi memakmurkan semula Seni Khat/Jawi, satu kajian berbentuk tugasan pelajar telah dirangka bagi membantu para pelajar mengenal huruf, melakarkan ciptaan, mengaplikasikan pendekatan inovatif dan rekabentuk baru dalam produk Seni Khat supaya produk kreatif khat dapat dikomersilkan untuk faedah global. Berbantukan satu sistem instruksi yang diberi nama Dars Sari‟ yang dibangunkan oleh sekumpulan tenaga pengajar khat, proses pengajaran dan pembelajaran khat menjadi mudah diingati, pantas dan efektif. Sistem yang dibina ini adalah mengikut kriteria slilibus khat serta diolah berdasarkan klasifikasi kumpulan dominan huruf bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem instruksi ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu para guru Seni Khat terutamanya guru Khat, J-Qof dan guru KAFA dalam mengajar subjek Seni Khat dengan efektif. Sistem ini diharap dapat memberikan impak dan tarikan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Khat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaacob, Ainun UNSPECIFIED Awang, Ahmad Rajaei UNSPECIFIED Sulaiman, Mohd Fadil UNSPECIFIED Misdi, Mohd.Yazid UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Alphabets. Calligraphy. Initials > Malaysia N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 367-380 |
Keywords: | Khat; Jawi; Dars Sari; Produk khat kreatif |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19824 |