Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) zon utara (kampus Bukit Mertajam, kampus Sungai Petani dan kampus Arau) / Normala Ismail, Noorsaliza Zainal dan Maznah Wan Omar

Ismail, Normala and Zainal, Noorsaliza and Wan Omar, Maznah (2003) Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) zon utara (kampus Bukit Mertajam, kampus Sungai Petani dan kampus Arau) / Normala Ismail, Noorsaliza Zainal dan Maznah Wan Omar. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti secara empirik corak perbelanjaan wang PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang PTPTN pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar terhadap penggunaan wang PTPTN.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Zainal, Noorsaliza
UNSPECIFIED
Wan Omar, Maznah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Keywords: Perbelanjaan wang; Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara; PTPTN
Date: March 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19538
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_NORMALA ISMAIL IRMI K 03_5.pdf] Text
LP_NORMALA ISMAIL IRMI K 03_5.pdf

Download (140kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

19538

Indexing

Statistic

Statistic details