Abstract
Tahniah kepada semua pelajar yang telah dipilih untuk menjadi pelajar
di Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA.
Saya berharap semua pelajar tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini. Sebagai pemimpin masa depan, para pelajar wajar memiliki nilai-nilai etika yang baik seperti berdisiplin, jujur, amanah, berpengetahuan dan seumpamanya. Nilai-nilai murni ini akan membantu para pelajar menjadi warga yang seimbang darisegi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
Saya berkeyakinan para pelajar mempunyai cita-cita tersendiri bagi melayari kehidupan dalam dunia yang serba mencabar ini. Hanya pelajar yang bekerja keras untuk berjaya akan berjaya. Justeru, saya berharap semua pelajar untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Akhir sekali, saya berharap semua pelajar akan berganding bahu di antara satu sama lain demi kecemerlangan untuk agama, bangsa dan negara.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Keywords: | Buku Panduan; Fakulti Muzik; UiTM Shah Alam |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17780 |