Pembangunan instrumen pelaburan emas patuh syariah (iPEPS) di Malaysia / Najahudin Lateh

Lateh, Najahudin (2016) Pembangunan instrumen pelaburan emas patuh syariah (iPEPS) di Malaysia / Najahudin Lateh. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Fenomena pelaburan emas pada masa kini memerlukan suatu garis panduan syariah yang spesifik dan komprehensif kerana terdapat ketidaksepakatan dalam kalangan ulama tentang hukum-hakam transaksi emas. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang standard berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Fasa pertama bertujuan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan untuk membangunkan panduan patuh syariah yang komprehensif dalam pelaburan emas. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk konstruk iPEPS yang disepakati pakar muamalat sementara fasa ketiga menilai tahap kualiti kesahannya dan menghasilkan profil pelaburan emas. Kutipan data bagi fasa pertama, iaitu analisis melibatkan 56 pelabur emas dan tiga orang pakar dengan menggunakan set soal selidik dan temu bual berstruktur. Data bagi fasa ini dianalisis menggunakan nilai taburan frekuensi dan peratus serta transkripsi temu bual. Data fasa kedua, iaitu reka bentuk dikutip menggunakan set soal selidik skala Likert 4- poin melalui Teknik Delphi ubah suai sebanyak dua pusingan melibatkan 13 orang pakar. Data fasa terakhir, iaitu penilaian pula melibatkan 40 pelabur dan institusi pelaburan emas yang kemudian dianalisis menggunakan model pengukuran Rasch. Dapatan data Fasa Analisis menunjukkan semua (100 peratus) pelabur dan pakar bersetuju bahawa panduan pelaburan emas dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Semua responden juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai tiga dimensi, iaitu (i) pelabur dan institusi pelaburan; (ii) barang dan harga; dan (iii) akad tawaran. Kriteria bagi panduan tersebut adalah berdasarkan dua kontrak utama pelaburan emas, iaitu al-bay' dan bay' alsarf. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua (100 peratus) pakar Delphi bersetuju dengan ketiga-tiga dimensi tersebut. Dapatan fasa ini juga menunjukkan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan mereka untuk menerima 33 item dengan skor median adalah 4 dan Julat Antara Kuartal (JAK) 0.00-1.00. Skor ini disokong oleh analisis Fuzzy Delphi Method (FDM) yang menunjukkan nilai threshold (d < 0.2) serta peratusan kesepakatan pakar ( >75%). Pada Fasa Penilaian, satu item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak sepadan (misfit) dengan nilai PTMEA CORR negatif (- OAllogit) dan berada di luar sempadan yang ditetapkan (outfit z-std=2.9). Kajian tinjauan sebenar telah mengekalkan 32 item yang mempunyai ciri kesahan baik bagi setiap item dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.94; kebolehpercayaan person: 0.94; PTMEA CORR item yang positif; infit MNSQ item=0.44-1.66/og/Y; dan z-std > -1+2). Profil pelaburan emas menunjukkan majoriti institusi pelaburan emas tidak patuh syariah. Hanya 7.5 peratus yang mempunyai komitmen tinggi untuk mematuhi kriterianya. Kajian ini berjaya menghasilkan panduan pelaburan emas secara syariah berkualiti tinggi serta garis panduan proses menjalankan kajian pembangunan instrumen atau modul yang empirikal untuk manfaat semua.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lateh, Najahudin
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Pelaburan Rmas; Transaksi Emas; Patuh Syariah
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17601
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 17601.pdf] Text
17601.pdf

Download (8MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

17601

Indexing

Statistic

Statistic details