Abstract
Dasar polisi Istana Budaya dari tahun 1998 hingga 2015 telah mengalami beberapa perubahan informal. Perubahan ini telah memberi Istana Budaya kemelut kekeliruan pada pandangan komuniti budayawan dan aktivis teater negara. Kajian ini telah membentangkan perubahan-perubahan yang telah berlaku dan memperlihatkan impaknya kepada identiti Istana Budaya. Seterusnya kajian ini telah menyiasat bagaimana aktiviti teater negara mampu menyokong polisi Istana Budaya dalam membentuk sebuah industri seni. Kaedah kajian yang digunakan adalah bahan-bahan ilmiah melalui perpustakaan dan internet dijadikan rujukan isu yang timbul seperti dinyatakan dalam penyataan masalah. Selain itu, kaedah pemerhatian dengan menonton teater-teater tradisional dan moden yang telah dan akan dipentaskan dan terakhir ialah kaedah temubual dengan individu terpenting dan berpengalaman dalam menggerakkan Istana Budaya dan juga turut menemubual komuniti budayawan dan aktivis teater.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamaluddin, Nurulnadiah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Identiti; Istana Budaya; Pengurusan; Polisi |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16881 |
Download
PPb_NURULNADIAH JAMALUDDIN FF 16_5.pdf
Download (101kB)