Abstract
Program Inspitari yang diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah berlangsung sejak 2010 ini memperkenalkan bentuk-bentuk tari tradisional yang lebih inovatif dan kreatif. Namun, persoalan timbul dalam strategi mempromosikan dan pemasaran program kesenian tersebut di Malaysia terutama pada awal kemunculan program ini untuk mencapai matlamatnya. Kajian ini membongkar kemampuan strategi dan teori pemasaran yang dipraktikkan dalam promosi program Inspitari tersebut. Kaedah kualitatif digunakan untuk menyokong objektif kajian dengan menemubual penerbit utama mengenai strategi yang selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Dengan kaedah kuantitatif pula akan dapat dilihat melalui soal selidik jumlah hasil objektif yang berjaya disampaikan. Konsep pemasaran 7P dilihat bertepatan dengan strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak JKKN. Ia mampu diaplikasikan bagi memasarkan produk yang berunsurkan kesenian dan kebudayaan selari dengan keperluan DKK.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Johar, Muhammad Khairul Azrie UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Seni tradisi Malaysia; Strategi pemasaran; Program inspitari; Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16878 |
Download
PPb_MUHAMMAD KHAIRUL AZRIE JOHAR FF 16_5.pdf
Download (221kB)