Abstract
Kajian ilmiah ini menfokuskan kepada pemaparan kelompok sosial bagi golongan queer menerusi sistem strata kelas sosial. Di samping itu, kajian ini juga melihat kepada pemaparan budaya kelompok sosial queer berdasarkan jenis gaya hidup yang dipraktikan terutamanya dalam kelompok sosial di Indonesia menerusi konteks filem. Kajian ini menggunakan kaedah tekstual analisis sebagai kaedah utama dengan menggunakan tiga buah filem Indonesia berunsur queer, iaitu Arisan! (2003), Coklat Stroberi (2007) dan Lovely Man (2011). Menerusi hasil kajian, penulisan ini mendapati bahawa ketiga-tiga buah filem queer ini memaparkan bahawa kelompok sosial queer sememangnya tergolong dalam strata kelas sosial pertengahan (middle class) dengan berpandukan kepada konsep oleh Joseph Harry, iaitu elemen gaya hidup dan pendidikan mempengaruhi pengelasan hieraki bagi golongan queer.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruzaman, Nurhidayah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pemaparan Queer; Kelas sosial; Filem Indonesia |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16871 |
Download
PPb_NURHIDAYAH KAMARUZAMAN FF 16_5.pdf
Download (61kB)