Abstract
Latar belakang penelitian ini didasari oleh tarikan penulis terhadap kritikan sosial yang diterjemahkan ke dalam filem. Filem yang bersifat provokatif dilihat lebih serius dalam konteks kajian kritikan sosial di dalam filem. Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem merupakan sebahagian daripada cerminan masyarakat. Kajian ini cuba meneliti sebuah filem Hantu Gangster (2012), yang merupakan usaha Namewee mengambil pendekatan untuk mengkritik sosial masyarakat dan hegemoni di Malaysia dengan menghubungkan genre komedi serta merujuk kepada latar sejarah Malaysia sebagai metafora bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan terhadap sosial masyarakat dan institusi yang terlibat. Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti kritikan sosial yang terdapat dalam filem Hantu Gangster (2012) menerusi watak dan naratif yang dipaparkan serta menganalisis dan mengintepretasikan kritikan sosial berpandukan teori hegemoni. Kajian ini akan mengunakan kaedah kualitatif iaitu penulis mengumpul dan menganalisis data menerusi filem Hantu Gangster (2012).
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurhatikah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Kritikan sosial; Filem Hantu Gangster; Namewee |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16870 |
Download
PPb_NURHATIKAH AHMAD FF 16_5.pdf
Download (287kB)