Teleologi : konsep moraliti dalam dua filem arahan Liew Seng Tat / Muhammad Rizal Zaman

Zaman, Muhammad Rizal (2016) Teleologi : konsep moraliti dalam dua filem arahan Liew Seng Tat / Muhammad Rizal Zaman. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini merupakan kajian pendekatan konsep teleologi yang terdapat di dalam filem arahan Liew Seng Tat iaitu Flower in The Pocket (2007) dan Lelaki Harapan Dunia (2014) dalam mengangkat filem Malaysia sebagai filem yang mempunyai elemen falsafah. Matlamat utama penyelidikan adalah bertujuan mengisi jurang dan mengatasi masalah kekurangan bahan atau sumber rujukan terhadap bidang falsafah di dalam filem. Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan dua buah filem yang dikaji oleh pengarang iaitu filem Flower in The Pocket (2007) dan Lelaki Harapan Dunia (2014). Konsep teleologi dan etika yang dinyatakan oleh ahli falsafah terkemuka Immanuel Kant dalam bukunya Critique of Judgement akan dikaji melalui dua buah filem yang digunakan dalam kajian ini. Pengarang juga akan menggunakan teori daripada ahli falsafah lain seperti Aristotle mengenai konsep teleologi yang dinyatakan oleh beliau. Selain itu, kajian juga bertujuan memberikan pengetahuan mengenai elemen falsafah yang terdapat dalam filem-filem yang dihasilkan di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_MUHAMMAD RIZAL ZAMAN FF 16_5.pdf]
Text
PPb_MUHAMMAD RIZAL ZAMAN FF 16_5.pdf
Download (219kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics