Abstract
Latihan ilmiah ini adalah untuk memperkenalkan isu pemerdagangan manusia: perdagangan seks dan perhambaan moden kepada etnik Rohingya di Wang Kelian. Selain itu, dua bentuk pemerdagangan manusia: perdagangan seks dan perhambaan moden telah diaplikasikan ke dalam projek penulisan novel: Eksploit dengan menggunakan kaedah genre romantis. Justeru, dua objektif kajian yang dikemukakan bagi memenuhi kehendak kajian (i) Mengaplikasi bentuk pemerdagangan manusia di Wang Kelian ke dalam projek penulisan novel Eksploit dan (ii) Menganalisa sejauh mana isu pemerdagangan manusia mampu mengangkat novel Eksploit sebagai elemen romantis. Bagi menjawab objektif tersebut, kajian ilmiah ini menggunakan elemen romantis daripada kenyataan Sternberg (2003) iaitu connectedness, relatedness dan bondedness di dalam penulisan novel: Eksploit. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada industri sastera di Malaysia dan dijadikan rujukan pada masa akan datang kepada pengkaji tentang isu pemerdagangan manusia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wang Kelian UNSPECIFIED Mohd Fauzi, Fatimah Syukriah UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Penulisan novel; Genre romantis; Pemerdagangan manusia; Wang Kelian |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16855 |
Download
PPb_FATIMAH SYUKRIAH MOHD FAUZI FF 16_5.pdf
Download (235kB)