Mere Behen Ki Shaadi : Implementasi spektakuler sinema Bollywood ke dalam teater / Mohd Zhafir Muzani Mohamad

Mohd Zhafir and Muzani Mohamad (2016) Mere Behen Ki Shaadi : Implementasi spektakuler sinema Bollywood ke dalam teater / Mohd Zhafir Muzani Mohamad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Spektakuler merupakan antara elemen yang terpenting dalam sesebuah persembahan teater yang pernah diutarakan oleh ahli falsafah zaman Yunani iaitu Aristotle. Menurut beliau, spektakuler dapat dilihat melalui beberapa sudut iaitu pelakon, kostum, set, penataan cahaya dan audio. Pemerhatian terhadap spektakuler menjadi perkara yang amat penting untuk penulis kerana berdasarkan pemerhatian peribadi, kebanyakan penggiat teater di Malaysia tidak menggunakan elemen spektakuler itu sebaik mungkin. Maka, untuk memastikan penulis dapat menguasai elemen spektakuler dengan sepenuhnya, penulis telah memilih untuk melaksanakan sebuah teater berkonsepkan Bollywood yang membawa gaya persembahan muzikal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri spektakuler yang terkandung di dalam sinema Bollywood dan mengimplementasi ciri-ciri yang telah dikenalpasti ke dalam pementasan teater Mere Behen Ki Shaadi. Rekabentuk kajian dalam menyempurnakan kajian ini ialah penulis memilih kaedah kualitatif dengan membuat rujukan beberapa buah buku, artikel-artikel dan filem-filem Bollywood yang tertentu.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zhafir
UNSPECIFIED
Muzani Mohamad
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Sinema Bollywood; Mere Behen Ki Shaadi; Pementasan teater
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16850
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MOHD ZHAFIR MUZANI MOHAMAD FF 16_5.pdf] Text
PPb_MOHD ZHAFIR MUZANI MOHAMAD FF 16_5.pdf

Download (234kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16850

Indexing

Statistic

Statistic details