Abstract
Aplikasi Web 2.0 yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 telah menyemarakkan dunia teknologi maklumat dengan kemunculan media sosial seperti facebook, blog, twitter, youtube, instagram dan sebagainya. Sifat web 2.0 yang interaktif ini menjadikan proses penyaluran informasi menjadi mudah dan komunikasi menjadi pantas. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai persepsi negatif yang dikatakan telah mempengaruhi pengguna media social terutamanya golongan pelajar khususnya dari sudut pembentukan akhlak. Artikel ini cuba melihat penggunaan media sosial dari kacamata yang lebih positif, terutamanya peranannya sebagai medium teknologi terkini dalam pembentukan akhlak pelajar. Bagi mencapai objektif tersebut, artikel ini memaparkan analisa terhadap isi kandungan tiga media sosial popular iaitu facebook, blog dan youtube yang mengandungi maklumat berkaitan agama, pembangunan adab dan sahsiah. Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti akhlak pelajar selaras dengan falsafah pendidikan islam iaitu membentuk diri dan mengasuh peribadi muslim berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md.Isa, Aina Sabariah UNSPECIFIED Hj Ismail, Huzaimah UNSPECIFIED |
Event Title: | 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015 |
Event Dates: | 11-12 November 2015 |
Page Range: | pp. 571-580 |
Keywords: | Pelajar; Media sosial; Akhlak |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16668 |