Kajian Turathiy dan ‘Ilmiy terhadap buah-buahan dan herba yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadith / Mohd Asmadi Yakob … [et al.]

Yakob, Mohd Asmadi (2015) Kajian Turathiy dan ‘Ilmiy terhadap buah-buahan dan herba yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadith / Mohd Asmadi Yakob … [et al.]. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka.
Abstract

Terdapat beberapa buah-buahan dan herba yang namanya disebut secara khusus dalam Al- Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik sifatnya dan mendalam penelitiannya. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab Tibb Nabawi yang menjadi satu ilmu yang tersendiri dalam syariat Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang Tibb al-Nabawi khususnya berkaitan dengan buahbuahan dan herba. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan Tibb al-Nabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod observasi terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel dan laporan kajian yang telah diterbitkan oleh jurnal-jurnal antarabangsa. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_MOHD ASMADI YAKOB M 15.pdf]
Text
PRO_MOHD ASMADI YAKOB M 15.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics