Abstract
Mazhab Syafi’i sudah lama bertapak di Malaysia seiring dengan perkembangan Islam di Alam Melayu. Kelangsungan proses transmisi mazhab ini sama ada dari rantau Timur Tengah mahupun benua India diperkuatkan melalui aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyebaran karya-karya dan pemikiran. Malah mazhab Syafi’i telah dijadikan pegangan rasmi bagi beberapa buah negara di Alam Melayu. Kerana itulah fiqh mazhab Syafi’I dianggap satu warisan keilmuan yang amat berharga di Malaysia kini. Berasaskan kenyataan tersebut, kajian ini akan melakukan tinjauan terhadap kelangsungan mazhab Syafi’i pada hari ini. Ia berikutan berlakunya beberapa polemik dan isu pemikiran yang dilihat menggugat kedudukan mazhab Syafi’i di Malaysia. Gugatan itu lahir kesan antara interaksi yang tidak harmoni antara kelompok tradisionalis yang mempertahankan status quo mazhab dan kelompok golongan liberal yang ingin melepaskan diri daripada tradisi fiqh dengan wajah pasca modernisme. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji akan membincangkan isu-isu yang menjadi polemik dalam kalangan aliran berkaitan. Hasil kajian mendapati, kedudukan dan kelangsungan mazhab Syafi’i di Malaysia pada hari ini wajar dipertahankan khususnya sebagai mekanisme perpaduan umat Islam. Namun ia masih memerlukan kepada penyesuaian semasa selaras dengan kaedah usul yang dikemukakan dalam mazhab tersebut. Ini bererti, penentuan hukum dalam kerangka mazhab Syafi’i sesuai pada hari ini perlu kepada penilaian semula dengan menggunakan metode usul mazhab Syafi’i agar ia dapat terus dipraktiskan dalam keadaan masyarakat yang berubah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosele, Muhammad Ikhlas UNSPECIFIED |
Event Title: | 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015 |
Event Dates: | 11-12 November 2015 |
Page Range: | pp. 526-533 |
Keywords: | Legasi; Mazhab Syafi’i; Malaysia |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16664 |