Abstract
Terdapat sebanyak RM 52 bilion harta pusaka umat Islam Malaysia belum Berjaya diselesaikan pembahagiannya kepada waris sehingga tahun 2013. Permasalahan ini berlaku kerana umat Islam tidak meninggalkan wasiat sebelum mereka meninggal dunia. Walaupun terdapat kemudahan menulis wasiat pasa masa sekarang tetapi waktu operasi yang terhad dan kos yang tinggi memungkinkan masalah menulis wasiat dikalangan umat Islam. Justeru, Kerangka Teori “E-Wasiat” diharap dapat membuka dan merungkai persoalan yang sedang berlaku. Jika dahulu terdapat wasiat yang dibuat oleh seseorang ditulis dan disimpan dalam peti-peti besi. Ada juga wasiat yang dimaklumkan secara lisan kepada ahli keluarga dan sebagainya. Kerangka Teori E-Wasiat cuba memperkenalkan satu method untuk melakukan wasiat secara atas talian yang lebih efisyen. Seseorang yang ingin bermusafir misalnya, hanya perlu meninggalkan wasiatnya dalam sistem E-Wasiat yang dibangunkan. E-Wasiat menyediakan perkhidmatan 24 jam (24/7) menulis wasiat dengan kos yang sangat minima. Seseorang pengguna boleh menggunakan perkhidmatan penulisan wasiat 24 jam dan mengamanahkan wasiat tersebut kepada individu-individu yang beliau percayai. Dibekalkan dengan nombor keselamatan yang hanya boleh dibuka oleh orang-orang yang diberi amanah. Wasiat yang ditinggal mempunyai tarikh lupusnya jika perlu dan boleh diubah pada bila-bila masa. Kerangka Teori ini juga mencadangkan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin integrity maklumat yang disimpan seperti sistem perbankan atas talian. Semoga Kerangka Teori ewasiat ini dapat membantu pembangun perisian membangunkan perisian wasiat yang dapat memudahkan pengurusan wasiat bagi memenuhi matlamat konsep pembahagian harta menurut syariat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zamzuri, Zainal Fikri UNSPECIFIED |
Event Title: | 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015 |
Event Dates: | 11-12 November 2015 |
Page Range: | pp. 366-372 |
Keywords: | Kerangka Teori; Teori E-Wasiat |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16636 |