Abstract
Pembuangan bayi, lumba haram (rempit), penagihan dadah dan salah laku seksual merupakan antara beberapa masalah atau gejala sosial yang semakin membimbangkan berlaku di Malaysia. Lebih mendukacitakan kerana berdasarkan statistik yang dikeluarkan menunjukkan penglibatan kaum Melayu beragama Islam adalah yang tertinggi. Kertas kerja ini akan mengupas tentang gejala sosial yang berlaku di Malaysia dan memfokuskan kepada penglibatan mereka yang beragama Islam. Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan punca penglibatan individu tertentu dalam gejala sosial adalah kekurangan pendidikan agama. Justeru, satu analisis dan kupasan perlu dilakukan bagi menilai keadaan tersebut. Berdasarkan dalil tertentu melalui al-quran dan hadis menunjukkan Islam telah lengkap dengan setiap ajaran termasuk berkaitan dengan panduan kehidupan bersosial. Setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk mendepani gejala sosial ini, bermula daripada pemimpin negara, masyarakat sehinggalah pemimpin keluarga bertanggungjawab kepada orang yang berada di bawah pimpinan nya. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan peranan beberapa pemegang taruh (stakeholder) dalam usaha memberikan pendidikan dan pendedahan serta penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat umum. Melalui bidang pendidikan, pendedahan dan pendidikan agama Islam telah diperkenalkan seawal prasekolah, namun masih terdapat pihak yang mendakwa kekurangan pendidikan agama sebagai punca terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Zain, Rajwani UNSPECIFIED Mokhtar, Khairullah UNSPECIFIED Hasbullah, Mushaddad UNSPECIFIED |
Event Title: | 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015 |
Event Dates: | 11-12 November 2015 |
Page Range: | pp. 328-334 |
Keywords: | Gejala sosial; Malaysia; Pendekatan islam; Pemimpin |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16625 |