Abstract
Kajian ini membincangkan kebangkitan Volga Bulgaria, sebuah wilayah Islam yang wujud seawal abad ke-7 sehingga ke-13 M di pertemuan Sungai Volga-Kama, Rusia. Kewujudan kerajaan Islam Volga Bulgaria disebut dalam catatan Ibn Fadlān, yang merupakan setiausaha kepada delegasi Baghdad ke Volga Bulgaria pada tahun 922M. Oleh itu, kajian ini disusun untuk meneroka sejarah dan latar belakang Volga Bulgaria. Selain itu, kajian juga menyenaraikan faktor yang menjadi momentum kebangkitan wilayah Islam Volga Bulgaria serta usaha yang telah dijalankan oleh pemerintah bagi mengukuhkan kedudukannya. Kajian ini menggunakan metodologi pendekatan sejarah yang melibatkan penyusunan dan penilaian fakta daripada catatan lama seperti catatan Ibn Fadlān. Oleh kerana kajian ini berbentuk kualitatif, pengumpulan data kajian dilakukan menerusi kaedah kajian perpustakaan manakala penganalisaan data menggunakan kaedah analisis dan perbandingan teks di samping kaedah induksi dan deduksi. Hasil kajian mendapati factor yang menyumbang kepada kebangkitan Volga Bulgaria ialah hubungan diplomatik antara Volga Bulgaria dengan Baghdad, kedua ialah peranan pemimpin dan kepemimpinan dan faktor ketiga ialah kekuatan dalaman daripada Islam itu sendiri. Faktor-faktor tersebut telah menyumbang kepada kegemilangan wilayah tersebut pada awal abad ke-9 dan ke-10 M di bawah pentadbiran kerajaan feudal Islam Volga Bulgaria.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Halim, Harliana UNSPECIFIED |
Event Title: | 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015 |
Event Dates: | 11-12 November 2015 |
Page Range: | pp. 236-246 |
Keywords: | Volga Bulgaria, tamadun, kebangkitan, kegemilangan |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16619 |