Abstract
Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab rurath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb al- Nabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb al- Nabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb al- Nabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yakob, Mohd Asmadi UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | 2289-9634 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 123-142 |
Keywords: | Penerbitan; SCOPUS; Flora-flora; al-Quran; al-Hadith |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16533 |