Abstract
Matlamat artikel ini ditulis adalah untuk meneroka konsep orientasi keusahawanan. Bagi mencapai matlamat ini, artikel ini ditulis dengan turutan berikut. Pertama, latar belakang dan definisi orientasi keusahawanan, kedua, dimensi asas keusahawanan, ketiga, ukuran yang digunakan dalam kajian yang lepas, dan yang terakhir adalah hubungan antara orientasi keusahawanan dan prestasi firma. Secara keseluruhan, berdasarkan kepada perbincangan kajian yang lepas, orientasi keusahawanan merupakan satu konstruk yang multi dimensi dan uni dimensi. Selain daripada itu.ukuran orientasi keusahawanan yang digunakan secara meluas telah direka pada asalnya oleh Miller (1983). Kajian terbaru juga mendapati orientasi keusahawanan boleh diukur dengan menggunakan sumber data kedua atau secara objektif. Walaupun hubungan diantara orientasi keusahawanan dan prestasi firma masih belum konsisten, kajian mengenainya terus meningkat. Ini kerana orientasi keusahawanan penting untuk pertumbuhan, keuntungan dan prestasi keseluruhan sesebuah firma.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azwa Ambad, Sylvia Nabila UNSPECIFIED Abdul Wahab, Kalsom UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
Journal or Publication Title: | Borneo Akademika |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Borneo Akademika (BA) |
ISSN: | 2462-1641 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 41-51 |
Keywords: | Entrepreneurial orientation construct; Entrepreneurship research |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16451 |
Download
AJ_SYLVIA NABILA AZWA AMBAD BA 16.pdf
Download (24MB)