Abstract
Kajian mengenai Falsafah Di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional di Kampung Kelubi, Pasir Puteh, Kelantan menfokuskan mengenai motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh para pengukir mempunyai nilai estetikanya yang begitu bernilai dan suatu seni yang begitu halus. Pengkaji melakukan kajian ini dengan menggunakan beberapa pendekatan termasuklah kaedah lapangan dengan cara menemubual informan untuk mendapatkan maklumat.Selain itu, pengkaji mendapatkan maklumat lain dengan merujuk kepada tujuh kajian lepas yang telah dipilih bersesuaian dengan kajian pengkaji dan kebanyakan kajian tersebut menekankan kepada keunikan yang dikaitkan dengan falsafah di sebalik ukiran kayu tradisional.Selain itu, pengkaji menggunakan teori yang paling utama berdasarkan persepsi pengukir terdahulu iaitu Wan Su Othman dan Norhaiza Nordin berkaitan dengan motif ukiran Melayu.Tambahan pula, bagi mendapatkan kesahihan sesuatu data, pengkaji turut mengedarkan borang soal selidik kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk dari jajahan negeri Kelantan. Seterusnya, kajian ini menjelaskan mengenai kajian falsafah ukiran Melayu yang meliputi teknik pengaplikasian ukiran kayu sama ada dalam bentuk makna yang berkaitan dengan motif ukiran dan sebagainya.Oleh itu, motif ukiran yang dicipta ini sebenarnya bukan hanya sekadar tatapan masyarakat sebagai pameran keindahan semula jadi, tetapi tujuan utama motif ini adalah sebagai simbolik untuk membentuk keperibadian masyarakat terutamanya dari segi keluhuran budi, budaya dan adab tatasusila masyarakat Melayu.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sukri, Khairunnisa’ UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional |
Keywords: | Ukiran Kayu tradisional; Falsafah; Melayu |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16210 |
Download
PPb_KHAIRUNNISA’ SUKRI APB_16_5.pdf
Download (85kB)