Bentuk-bentuk kiasan dalam novel jalur sinar di celah daun dan kaedah terjemahannya dalam bahasa Inggeris “A Ray Of Light Among The Leaves” / Zafirah Adila Mustapha

Mustapha, Zafirah Adila (2016) Bentuk-bentuk kiasan dalam novel jalur sinar di celah daun dan kaedah terjemahannya dalam bahasa Inggeris “A Ray Of Light Among The Leaves” / Zafirah Adila Mustapha. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis bentuk bahasa kiasan serta kaedah yang digunakan untuk menterjemah bahasa kiasan yang terdapat dalam novel.Menurut Abdullah Hassan (1993), terdapat dua jenis kiasan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan bukan peribahasa. Bagi kiasan jenis peribahasa terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan manakala bagi kiasan bukan peribahasa terbahagi kepada tiga iaitu personifikasi, metafora dan juga hiperbola.Novel Jalur Sinar Di Celah Daun dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris, A Ray of Light Among The Leaves digunakan bagi melengkapkan kajian ini.Novel Jalur Sinar Di Celah Daun merupakan novel yang sarat dengan corak dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional disampaikan dalam bentuk yang menarik.Novel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pembaca kerana ditulis oleh penulis yang hebat iaitu Zaharah Nawawi menyebabkan adaptasi novel ini dilakukakan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pengkaji menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Vinay dan Dalbenet dalam Venuti (2000) untuk menentukan kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menterjemahkan bahasa kiasan dalam novel ini.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_ZAFIRAH ADILA MUSTAPHA APB 16_5.pdf] Text
PPb_ZAFIRAH ADILA MUSTAPHA APB 16_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16204

Indexing

Statistic

Statistic details