Evolusi pemasaran industri songket melalui lensa pemasaran 7p / Nur Azrin Abdullah Zawawi

Abdullah Zawawi, Nur Azrin (2015) Evolusi pemasaran industri songket melalui lensa pemasaran 7p / Nur Azrin Abdullah Zawawi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Songket merupakan suatu warisan kebanggaan masyarakat Melayu yang kini masih lagi kekal sebagai satu fenomena dalam industri fesyen di Malaysia. Kajian ini menfokuskan kepada evolusi yang berlaku dalam strategi pemasaran songket melalui lensa pemasaran 7p (Kotler, 1981) iaitu produk, harga, tempat, promosi, orang, bukti fizikal dan proses. Masalah dalam kajian ini adalah dimana songket ini mempunyai banyak songket tiruan yang telah dihasilkan di luar negara. Tambahan pula, songket ini juga tidak banyak yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Satu kajian berbentuk kualitatif akan diadakan. Seramai tiga orang terlibat dalam kajian ini untuk mengumpulkan data. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sama ada elemen campuran pemasaran 7p ini mampu untuk membawa produk songket ini keperingkat antarabangsa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan menggunakan strategi pemasaran 7p dalam mempromosikan songket ini ia mampu untuk membawanya keperingkat antarabangsa.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah Zawawi, Nur Azrin
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Costume
N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Songket
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Songket; Warisan masyarakat Melayu; Strategi pemasaran 7p, Antarabangsa
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15942
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR AZRIN ABDULLAH ZAWAWI FF 15_5.pdf] Text
PPb_NUR AZRIN ABDULLAH ZAWAWI FF 15_5.pdf

Download (240kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15942

Indexing

Statistic

Statistic details