Abstract
Pemuliharaan dan pemeliharaan merupakan salah satu proses dimana untuk memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi akan datang. Mengikut statistik Inventori Bangunan Warisan Malaysia pada tahun 1992 sehingga 1993 yang dikeluarkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebanyak 20,876 bangunan sebelum perang yang masih ditahap keasliannya sebaliknya ia berhadapan dengan tekanan dan ancaman corak kehidupan serta iklim setempat. Menyedari daripada inventori di atas diperjelaskan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan mempunyai kepentingan. Oleh itu, penyelidikan ini akan mengetengahkan pengaplikasian penggunaan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012) pada Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Maka instrumen buku kod dan kajian lapangan telah dilakukan serta dianalisis untuk melihat pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar mengaplikasikan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012). Didapati bahawa pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar mengaplikasikannya dengan dinamik malah memperkenalkan konsep muziumnya iaitu ‘Muzium Taman di Dalam Bandar Bertaman’. Dengan penyelidikan ini keaslian bangunan warisan dapat membantu mengekalkan corak rupa bandar yang ada pada bandar-bandar di Malaysia sebagai satu nilai budaya yang tidak mungkin dapat diganti lagi dan menjamin kesinambungan nilai budaya serta tradisi sesebuah bandar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zulkifli, Muhamad Amirul Hafiz UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Museums. Exhibitions T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation > Maintenance and repair |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pemuliharaan bangunan; Bangunan warisan; Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15935 |
Download
PPb_MUHAMAD AMIRUL HAFIZ ZULKIFLI FF 15_5.pdf
Download (267kB)