Pengaplikasian garis panduan patuh syariah oleh stesen TV: satu kajian terhadap TV Alhijrah / Fatin Hanisah Kamarudin

Kamarudin, Fatin Hanisah (2015) Pengaplikasian garis panduan patuh syariah oleh stesen TV: satu kajian terhadap TV Alhijrah / Fatin Hanisah Kamarudin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pengaplikasian garis panduan patuh syariah terhadap stesen televisyen di Malaysia terutamanya stesen televisyen islamik TV Alhijrah masih kurang dikaji. Penyelidik terpanggil untuk mengkaji dengan lebih terperinci mengenai pengaplikasian garis panduan patuh syariah oleh stesen TV Alhijrah juga sebagai media penyiaran dakwah yang dilihat tiada kajian secara sistematik sehingga kini dilakukan untuk memberi definisi tepat terhadap struktur garis panduan patuh syariah yang digunakan dalam penyiaran Media Islam. Sumber garis panduan patuh syariah yang digunapakai oleh
stesen TV Alhijrah selaku data yang telah dikumpul telah dimasukkan ke dalam buku kod untuk mengenalpasti tahap perlaksanaan pengaplikasian garis panduan patuh syariah oleh stesen TV Alhijrah. Penyelidik menyarankan stesen TV Alhijrah dapat
memperkemaskan semula susun atur garis panduan pematuhan syariah yang disediakan oleh stesen TV Alhijrah supaya dapat lebih mudah difahami. Hal ini seperti menyusun atur garis panduan tersebut dalam bentuk jadual mengikut bahagian pengkhususan
syariah satu per satu berserta contoh yang diperincikan dengan lebih terperinci amalan patuh syariah yang dianjurkan mahupun yang dilarang sebagai panduan kepada pembaca, pengkarya, penyelidik atau masyarakat yang menggunakan garis panduan
patuh syariah tersebut sebagai rujukan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamarudin, Fatin Hanisah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Television broadcasting > Television programs > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Aplikasi; Garis panduan; Patuh Syariah; Stesen TV; TV Alhijrah
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15919
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_FATIN HANISAH KAMARUDIN FF 15_5.pdf] Text
PPb_FATIN HANISAH KAMARUDIN FF 15_5.pdf

Download (188kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15919

Indexing

Statistic

Statistic details