Projek teater Semerbak: mengangkat mitos Melanau ke pentas teater kontemporari / Syafik Shukri Abdul Jalil

Abdul Jalil, Syafik Shukri (2014) Projek teater Semerbak: mengangkat mitos Melanau ke pentas teater kontemporari / Syafik Shukri Abdul Jalil. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan kepada umum mengenai adat istiadat, budaya dan gaya kehidupan etnik Melanau melalui bentuk persembahan teater. Kajian ini dipilih berdasarkan kepada fenomena masyarakat pada hari ini yang kurang berminat dalam mengenali sesuatu budaya yang kurang mereka ketahui. Mengenengahkan genre tragedi dan memilih stail persembahan berbentuk kontemporari, pengkaji telah menjalankan kajian berpandukan beberapa teknik dan kaedah penyelidikan yang dilihat membantu memberi aspirasi dalam menjalankan kajian ini. Corak persembahan sebegini dipilih agar dapat memberi pemahaman kepada penonton dengan pendekatan yang berbeza. Kaedah penyelidikan kualitatif dilihat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Menerusi kaedah ini, pengkaji telah memilih metode-metode yang bersesuaian bagi mendapatkan sumber maklumat yang bersesuaian dan menepati objektif kajian yang digariskan. Antaranya adalah menerusi kaedah temu ramah (grounded theory) yang memerlukan pengkaji untuk bertemu dengan individu perseorangan mahupun lebih yang berpengalaman dengan topik yang dikaji. Selain itu, metode lain yang dilihat membantu adalah menerusi kaedah ethnography, participant observation yang menuntut pengkaji untuk mendalami bidang yang dikaji menerusi cara mendiami dan memahami budaya kehidupan masyarakat dan persekitaran kawasan yang bersesuaian dengan kajian. Proses dapatan sumber lain adalah menerusi pembacaan daripada sumber buku berilmiah yang pernah diterbitkan oleh pengkaji terdahulu. Hasil kajian menerusi pementasan teater Semerbak yang lepas, pengkaji dapat menyimpulkan yang penonton sudah mula membuka mata dan lebih terarah kepada bentuk pementasan yang sebegini. Selain itu, unsur kebudayaan dan adat istiadat yang dikaji dilihat telah berjaya diaplikasikan ke atas ruang pentas bertepatan dengan genre, stail dan konsep yang dipilih bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Jalil, Syafik Shukri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater > Asia > Indonesia, Malay Archipelago. Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Adat istiadat Melanau, Budaya; Gaya; Kehidupan etnik; Teater
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15876
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SYAFIK SHUKRI ABDUL JALIL FF 14_5.pdf] Text
PPb_SYAFIK SHUKRI ABDUL JALIL FF 14_5.pdf

Download (241kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15876

Indexing

Statistic

Statistic details