Perincian dalam pengkostuman Pak Sitong: Kajian kasus terhadap menora Kelantan / Siti Nurzaimah Zainal Abidin

Zainal Abidin, Siti Nurzaimah (2014) Perincian dalam pengkostuman Pak Sitong: Kajian kasus terhadap menora Kelantan / Siti Nurzaimah Zainal Abidin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Disertasi ini meneliti mengenai kostum dalam sesebuah persembahan teater tradisional. Kostum merupakan aspek yang penting dalam sesebuah pementasan sejak dari zaman kegemilangan Shakspeare sehingga kini termasuk juga Teater Tradisional Menora. Jesteru itu, disertasi ini menghujahkan bahawa setiap kostum yang dipakai oleh Pak Sitong di dalam persembahan Menora ini mempunyai simboliknya yang tersendiri. Dengan berpandukan kerangka teori mengenai kostum Teater Tradisional Menora, kajian ini akan mencari perincian disebalik tatabusana Menora. Kajian ini mendapati bahawa pakaian yang dipakai oleh Pak Sitong di dalam Teater Tradisional Menora ini mempunyai perincian yang membuka pada penceritaan di sebalik Kostum yang digunakan. Perkaitan dengan unsur pantang larang juga masih diamalkan sehingga kini kerana mereka masih mempercayai tradisi itu. Kajian ini merumuskan bahawa Kostum Pak Sitong di dalam Teater Tradisional Menora perlu dikekalkan kesenianya kerana kesenian ini merupakan khazanah seni yang perlu dikekalkan. Di harapkan sebarang kajian atau analisis terhadap kostum Pak Sitong pada masa hadapan akan mengambil kira persoalan mengenai pemakaian Pak Sitong kerana teks sinematik beroperasi di dalam ruang industri, khalayak dan amalan budaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_ SITI NURZAIMAH ZAINAL ABIDIN FF 14_5.pdf]
Text
PPb_ SITI NURZAIMAH ZAINAL ABIDIN FF 14_5.pdf
Download (187kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics