Kajian mengenai kaedah penc arian maklumat di kalangan pelajar Fakulti Penga Jian Maklumat Di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor / Jaslee Jupiri

Juphu, Jaslee (2003) Kajian mengenai kaedah penc arian maklumat di kalangan pelajar Fakulti Penga Jian Maklumat Di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor / Jaslee Jupiri. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of PPb_JASLEE JUPIRI IM 03_5.pdf] Text
PPb_JASLEE JUPIRI IM 03_5.pdf

Download (4MB)

Abstract

Matlamat utama kajian ini adalah untuk meninjau kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian), Fakulti Pengajian Maklumat, di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Secara umumnya, kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar boleh dikategorikan kepada dua jenis kaedah iaitu kaedah pencarian bersistematik dan kaedah pencarian secara bebas. Berdasarkan kepada dua kategori kaedah pencarian ini, kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian) telah menggunakan kaedah pencarian yang bersistematik dalam mencari maklumat serta bahan di perpustakaan. Di samping itu, ia juga mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pencarian maklumat yang terdapat di perpustakaan. Kaedah yang paling efektif di PTAR 1 ialah kaedah OPAC (Online Public Access Catalog) atau dalam bahasa melayunya Katalog Umum Atas Talian. Sehubungan itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oieh pelajar semasa mencari maklumat di perpustakaan seperti kurang kemahiran mencari maklumat, kurang pengetahuan tentang bidang yang dikaji dan kurang keyakinan dalam menggunakan kaedah pencarian maklumat yang disediakan di perpustakaan. Secara keseluruhannya, kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar adalah berasaskan kepada status bidang pengajian mereka yang mana telah mendorong mereka menjurus kepada penggunaan kaedah pencarian maklumat yang bersistematik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Juphu, Jaslee
200212458
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > ZA Information resources (General) > Electronic information resource searching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management
Item ID: 15758
Uncontrolled Keywords: Kaedah pencarian maklumat
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15758

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    15758

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item