Abstract
Objektif utama kajian ini ialah untuk mendedahkan serta memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem penyelenggaraan di sebuah bangunan institusi pengajian
yang baru. ITM Cawangan Kelantan telah dipilih sebagai satu-satunya kajian kes di dalam tesis ini.Beberapa sesi temu ramah telah dijalankan dengan pegawai dan mereka yang terlibat,
di samping tinjauan demi tinjauan telah dibuat ke kawasan kajian kes tersebut.Beberapa buah buku, dokumen, risalah dan akhbar telah dijadikan panduan untuk kajian ini. Soalan kajiselidik juga telah diedarkan kepada para pelajar untuk dianalisa pendapat serta cadangan mereka.Tesis ini bolehlah dikatakan sebagai gabungan antara teori dan realiti, yang mana sebahagian isi kandungannya adalah menceritakan carakeija dan piawaian yang perlu diikuti dalam setiap bahagian keija-keija penyelenggaraan. Manakala sebahagiannya lagi pula menggambarkan keadaan sebenar sistem pengurusan dan keija-keija penyelenggaraan di ITM Cawangan Kelantan.Daripada segala analisa yang telah dibuat dapatlah disimpulkan bahawa sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan ITM Cawangan Kelantan belum mencapai tahap kesempumaan. Tinjauan yang dibuat ke atas para pelajar mendapati hanya sebahagian daripada mereka yang berpuas hati dengan sistem yang ada sekarang.Oleh itu sistem penyelenggaraan bangunan perlu dipertingkatkan mutunya serta lebih bersistematik untuk menjamin keselesaan pengguna terutama para pelajar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Muluk, Mohd. Aminudin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building inspection T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation > Maintenance and repair |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Penyelenggaraan Bangunan; UiTM |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15517 |
Download
TD_MOHD AMINUDIN ABDUL MULUK AP 96_5.PDF
Download (2MB)