Projek teater Semerbak: Teknik latihan Tadashi Suzuki dalam proses latihan fizikal dan penafasan seorang pelakon / Mohd Hairul Izwan Jamil

Jamil, Mohd Hairul Izwan (2014) Projek teater Semerbak: Teknik latihan Tadashi Suzuki dalam proses latihan fizikal dan penafasan seorang pelakon / Mohd Hairul Izwan Jamil. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengaplikasi kaedah latihan dari Tadashi Suzuki dalam menekankan stamina teknik latihan fizikal dan penafasan yang dilakukan serentak dalam latihan beliau. Kajian ini juga mengkaji konsep kebenaran serta kejujuran melalui kaedah lakonan oleh pelakon. Seterusnya, mengimplementasi dan mempraktikkan Suzuki Method dalam persediaan pengkaji membawakan lakonan dalam latihan teater Semerbak. Teater Semerbak merupakan sebuah naskah yang sangat mencabar kebolehan serta keupayaan para pelakon di dalam melakonkan watak-watak yang terlibat sepanjang sesuatu pementasan namun pencampuradukkan pelbagai teknik lakonan mampu untuk menjayakan sesebuah bentuk lakonan yang mantap. Menerusi kaedah latihan Tadashi Suzuki ini, pengkaji ingin melakukan sebuah kajian latihan yang hanya menggunakan asas teknik latihan fizikal dan penafasan semasa latihan dan akan membuktikan sejauh mana penggunaan teknik ini mampu untuk membentuk stamina yang baik sekaligus melihat keberkesanan teknik latihan Tadashi Suzuki untuk digunapakai

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_MOHD HAIRUL IZWAN JAMIL FF 14_5.pdf]
Text
PPb_MOHD HAIRUL IZWAN JAMIL FF 14_5.pdf
Download (193kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics