Kehadiran humor (jenaka) di dalam persembahan teater tradisional Mak Yong: Satu kajian terhadap watak Peran / Amirol Syawal Saleh

Saleh, Amirol Syawal (2014) Kehadiran humor (jenaka) di dalam persembahan teater tradisional Mak Yong: Satu kajian terhadap watak Peran / Amirol Syawal Saleh. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of PPb_AMIROL SYAWAL SALEH FF 14_5.pdf] Text
PPb_AMIROL SYAWAL SALEH FF 14_5.pdf

Download (106kB)

Abstract

Dalam persembahan teater tradisional Mak Yong, watak Peran merupakan salah satu watak yang sangat penting selain watak Pak Yong (Raja). Peran akan membawa perwatakan yang lucu. Unsur jenaka akan sering diketengahkan oleh Peran Tua dengan Peran Muda dan ketika berhadapan dengan Pak Yong (Raja). Walaupun watak Peran dalam persembahan adalah humor tetapi ianya mempunyai kepentingan, kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Selain mengetengahkan unsur jenaka, watak Peran ini berperanan sebagai penggerak cerita. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi memberikan informasi mengenai tujuan utama watak Peran dalam persembahan teater tradisional Mak Yong. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kaedah kualitatif iaitu mengumpul bahan dan data melalui buku-buku ilmiah, majalah, jurnal, menemu ramah ahli akademik dan penggiat Mak Yong yang berpengalaman. Kajian ini mengharapkan penonton dapat membuka mata dan memahami tujuan asal Peran menggunakan lawak jenaka sebagai asas jalan cerita. Seandainya penonton masih lagi kabur dengan lakonan watak Peran, mereka bolehlah meninjau hasil kajian ini bagi melihat dan mencedok sedikit sebanyak ilmu yang mungkin berguna dalam proses pemahaman mereka terhadap peranan watak Peran dalam persembahan Mak Yong. Oleh itu, kajian ini menekankan teknik jenaka yang digunakan oleh Peran dan tujuan jenaka tersebut dilakonkan

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Saleh, Amirol Syawal
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15122
Uncontrolled Keywords: Teater tradisional Mak Yong; Watak Peran; Watak Pak Yong (Raja); Unsur jenaka
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15122

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    15122

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item