Abstract
Di Malaysia, penggunaan kesan khas terhadap pembikinan sebuah filem atau filem animasi boleh dikategorikan jauh ketinggalan jika dibandingkan negara maju di luar sana. Tujuan utama filem animasi pendek bertajuk Harmony ini dibuat adalah untuk mengaplikasikan perbezaan binari melalui kesan khas dan menzahirkan perbezaan corak melalui kesan khas di dalam filem animasi pendek bertajuk Harmony. Kerangka teori yang digunakan di dalam projek ini adalah teori perbezaan binari oleh Levi-Strauss. Kaedah utama yang digunakan di dalam menghasilkan projek filem animasi pendek ini adalah melalui pengaplikasian kesan khas, rujukan melalui buku dan sumber internet. Hasil kajian yang didapati melalui projek filem animasi pendek ini adalah, kesan visual yang diaplikasikan membantu dalam mengenal pasti perbezaan binari. Kesimpulannya, perbezaan binari dapat digunapakai oleh juruanimasi dalam mencipta sesebuah animasi untuk mempelbagaikan jalan cerita dan watak di dalam penceritaan. Melalui projek ini, pengkaji dapat mencadangkan agar juruanimasi dapat meneroka dan mempelbagaikan lagi konsep perbezaan binary untuk diterapkan di dalam animasi mereka
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Adnan, Hariz Aizuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > General works (technique, etc.) > Malaysia N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > Animated films > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Filem animasi; Animasi pendek; Harmony |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15119 |
Download
PPb_HARIZ AIZUDDIN ADNAN FF 14_5.pdf
Download (251kB)