Kedudukan subjek dalam aspek komposisi: Kajian terhadap Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) / Mohd Afnan Mohd Fauzi

Mohd Fauzi, Mohd Afnan (2014) Kedudukan subjek dalam aspek komposisi: Kajian terhadap Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) / Mohd Afnan Mohd Fauzi. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Aspek komposisi kebiasaannya dijelmakan menerusi kedudukan kamera dan susun atur set, prop dan pelakon. Melalui komposisi yang terhasil, pengarah cuba untuk menyampaikan maksud atau menyatakan makna tertentu terhadap babak dalam filem. Malah komposisi yang dihasilkan mampu untuk memberi satu perasaan yang kurang menyenangkan terhadap penonton. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan filem hikayat yang telah diadaptasi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) arahan Yusy Abdul Halim. Kajian ini akan mengupas kedudukan subjek dalam aspek komposisi serta dikaitkan dengan sinematik elemen menerusi mise-en-scene dan sinematografi. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa komposisi sangat penting di dalam visual yang mampu untuk mencetuskan perasaan kepada penonton. Di samping itu, komposisi yang dihasilkan juga disulami dengan makna tertentu yang menjadikan suatu babak itu mempunyai maksud tersirat di sebalik visual yang dihasilkan. Paradigm kajian ini bersifat kualitatif dengan memfokuskan teks filem sebagai objek analisis. Antara kaedah kajian utama yang digunakan adalah analisis kandungan, kajian perpustakaan dan internet, dan penontonan babak ke babak

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_MOHD AFNAN MOHD FAUZI FF 14_5.pdf]
Text
PPb_MOHD AFNAN MOHD FAUZI FF 14_5.pdf
Download (93kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics