Projek penulisan novel Bayangan: Psikologi emosi kemurungan perwatakan Melissa / Nor Azia Abdullah

Abdullah, Nor Azia (2014) Projek penulisan novel Bayangan: Psikologi emosi kemurungan perwatakan Melissa / Nor Azia Abdullah. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memaparkan watak dan perwatakan Melissa sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai masalah tekanan emosi dan kemurungan. Melissa merupakan watak utama di dalam projek novel yang bertajuk Bayangan yang ditulis oleh pengkaji sendiri. Melissa mengalami emosi kemurungan yang melampau apabila watak ini sering menghadapi banyak masalah di dalam kehidupan tanpa dorongan sesiapa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya lalu membuatkan dirinya bertambah tertekan. Kajian ini mencabar kebolehan pengkaji sebagai seorang penulis kerana untuk menghasilkan sebuah novel yang melibatkan masalah emosi pengkaji mesti memikirkan masalah atau konflik yang besar dihadapi oleh watak Melissa sehingga dirinya mempunyai masalah emosi dan kemurungan yang teruk. Hal ini kerana kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang mempunyai peningkatan setiap hari serta turut dialami oleh semua golongan peringkat umur. Tanpa tindakan sewajarnya, penghidap penyakit ini akan berada pada satu tahap kritikal sehinggalah kepada percubaan untuk membunuh diri. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pembacaan novel yang berkaitan dengan genre psiko thriller. Kaedah pemerhatian telah digunakan ketika menonton filem berkaitan genre psiko thriller manakala kaedah analisis teks telah digunakan ketika menganalisis bahan ilmiah yang ditemui di perpustakaan dan internet. Semoga kajian ini akan membuka ruang kepada pengkaji-pengkaji lain untuk mengkaji masalah psikologi manusia terutamanya masalah emosi

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NOR AZIA ABDULLAH FF 14_5.pdf] Text
PPb_NOR AZIA ABDULLAH FF 14_5.pdf

Download (249kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15109

Indexing

Statistic

Statistic details