Proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak / Norhidayah Sulihin

Sulihin, Norhidayah (2014) Proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak / Norhidayah Sulihin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini lebih tertumpu kepada proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak. Kajian ini akan mendalami aspek pengurusan untuk melihat keberkesanan pihak pengurusan kepada tempat-tempat bersejarah iaitu Tugu Peringatan Birch, Tugu Peringatan Pahlawan Perak, Tugu Lela Rentaka, Kubur Si Puntum dan Kubu Datuk Maharajalela. Tiga konsep dalam tinjauan terhadap kajian berkaitan berdasarkan hujahan yang dikemukakan serta teori pemeliharaan bagi menyokong dan menguatkan tajuk kajian iaitu konsep pemeliharaan, pengurusan tapak warisan, dan pengurusan organisasi pemeliharaan tapak warisan. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif untuk membantu mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, temubual, rujukan perpustakaan dan
rujukan internet. Daripada kajian yang dijalankan, hasil kajian diperolehi mendapati Kompleks Sejarah Pasir Salak menjalankan proses pemeliharaan tapak warisan melalui
kaedah konservasi yang diuruskan oleh organisasi pengurusan Kompleks. Oleh itu, melalui kaedah konservasi yang dijalankan, tapak warisan dapat dipanjangkan dari segi tempoh hayatnya serta dapat diperbaiki dan dikawal daripada faktor-faktor yang boleh
merosakkan atau menjejaskan bahan bersejarah.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulihin, Norhidayah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architecture and state > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Pemeliharaan; Tapak warisan; Kompleks Sejarah Pasir Salak
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15089
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NORHIDAYAH SULIHIN FF 14_5.pdf] Text
PPb_NORHIDAYAH SULIHIN FF 14_5.pdf

Download (263kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15089

Indexing

Statistic

Statistic details