Abstract
Permasalahan yang sering timbul dalam dunia pementasan teater ialah penghasilan aksi fizikal sesebuah watak. Kajian ini di lakukan adalah untuk memberi penekanan baru terhadap pernghasilan aksi-aksi fizikal pelakon ketika melakukan pementasan. Pendekatan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah pendekatan sains iaitu bidang psikologi yang akan menjadi asas kepada pembinaan aksi fizikal seseroang pelakon. Dalam kajian ini, pengkaji bertindak sebagai pelakon iaitu wataj Ana dan pengkaji telah menggunakan teknik lakonan Stanilavski iaitu The Method of Physical Action dalam membina aksi fizikal tersebut.. Pengkaji menggunakan kaedah penontonan semula terhadap pementasan Teater Datuk Harimau untuk mengimbau kembali watak Ana yang telah dilakonkan. Kajian ilmiah terhadap buku-buku dan kajian terdahulu juga menjadi satu kaedah dalam mengumpul maklumat-makkumat penting yang telah digunakan sebagai rujukan. Penganalisaan skrip juga menjadi satu kaedah yang penting bagi pengkaji lebih memahami watak yang telah dibawa dalam pemantasan. Seterusnya, pengkaji menjalani latihan bagi memantapkan mutu lakonan dan memastikan aksi fizikal yang dilakukan bersesuaian dengan watak Ana. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pembinaan aksi fizikal sesebuah watak sememangnya memerlukan pengolahan aksi psikologi watak tersebut. Setelah itu, teknik lakonan Stanilavski telah membantu pelakon untuk menghasilkan aksi fizikal yang lebih bertepatan dengan watak tersebut.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahaddin, Nor Nazlin Izati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism > Reader-response criticism. Reception aesthetics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pementasan teater; Kajian watak; aksi-aksi fizikal; aksi-aksi fizikal; The Method of Physical Action |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15068 |
Download
PPb_NOR NAZLIN IZATI AHADDIN FF 14_5.pdf
Download (197kB)