Abstract
Kajian kes ini adalah untuk mengkaji keberkesanan medium Words of Mouth dari aspek pemasaran acara di dalam teater fizikal yang bertajuk “Panggilan”. Selain
daripada bertujuan untuk mengenalpasti medium Words of Mouth merupakan medium yang paling berkesan di dalam menguar-uarkan publisiti tentang acara yang diadakan,
ianya juga untuk mengenalpasti potensi medium ini di dalam pemasaran acara. Di dalam perspektif ini, medium ini tidak dikenali oleh kerana kajian-kajian lepas hanya
menumpukan kepada aspek pemasaran produk dan perkhidmatan. Kajian-kajian lepas yang berkaitan tentang pengaruh sosial, Electronic Word-of-Mouth (eWOM) dan juga grapevine telah digunakan sebagai rujukan bagi membuahkan analisis yang selari. Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai instrumen, ini termasuklah
penglibatan audiens. Hasil kajian yang diperoleh mengesahkan kesimpulan awal yang merujuk kepada keberkesanan medium Words of Mouth di dalam memasarkan sesebuah acara, dimana kesannya menyumbang kepada tahap peningkatan kehadiran penonton di acara tersebut. Secara keseluruhannya, konsep medium Words of Mouth ini perlu diberi lebih perhatian disertai dengan penelitian di dalam sesebuah produksi acara bagi memastikan implementasi yang betul dapat dipraktikkan di dalam pemasaran acara.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Nurul Amira UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Teater; Penggunaan medium Words of Mouth; Publisiti; pemasaran acara |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15066 |
Download
PPB_NURUL AMIRA MOHD NOOR FF 14_5.pdf
Download (598kB)