Analisis amalan pengajaran guru dan tahap penguasaan bahasa Arab murid KAFA di daerah Jelebu

Mohd Yusman, Mohammad Amirul Ashraf (2026) Analisis amalan pengajaran guru dan tahap penguasaan bahasa Arab murid KAFA di daerah Jelebu. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan pengajaran Pendidikan Bahasa Arab dalam sekolah-sekolah KAFA di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu untuk mengkaji struktur kurikulum subjek Bahasa Arab di sekolah KAFA, menganalisis tahap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah KAFA serta menilai amalan pengajaran Bahasa Arab oleh guru-guru KAFA di daerah tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual bersama guru-guru KAFA serta analisis dokumen kurikulum. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola, tema dan isu utama yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran Bahasa Arab di sekolah KAFA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur kurikulum Bahasa Arab KAFA memberikan penekanan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan murid didapati berada pada tahap sederhana, khususnya dalam kemahiran menulis dan bertutur. Berdasarkan sudut amalan pengajaran, kajian mendapati bahawa guru-guru KAFA mengaplikasikan gabungan kaedah tradisional seperti syarahan dan terjemahan dengan kaedah kreatif dan berpusatkan murid seperti nyanyian, permainan bahasa serta penggunaan bahan visual seperti kad imbas. Namun, pelaksanaan amalan pengajaran ini masih berhadapan dengan beberapa kekangan seperti keterbatasan bahan bantu mengajar yang sesuai serta tahap penglibatan aktif murid yang tidak konsisten. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekolah KAFA sangat bergantung kepada kualiti amalan pengajaran guru dan sokongan yang berterusan terhadap pelaksanaan kurikulum. Implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pihak sekolah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) secara khusus, serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara umumnya dalam usaha menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah KAFA, khususnya dalam Negeri Sembilan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150644_fulltext.pdf]
Text
150644_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (2MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (517kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics