Syariat Islam sebagai penggerak sebab-akibat dalam naratif filem Melayu: Sebuah kajian perbandingan ke atas filem Semerah Padi (1956) dan … Dalam Botol (2011) / Muhsin Ramli

Ramli, Muhsin (2014) Syariat Islam sebagai penggerak sebab-akibat dalam naratif filem Melayu: Sebuah kajian perbandingan ke atas filem Semerah Padi (1956) dan … Dalam Botol (2011) / Muhsin Ramli. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Definisi Sinema Melayu merupakan satu dari isu yang sering diperdebatkan baik oleh ahli akademik, penggiat industri, pengamal media dan lain-lain pihak yang terlibat.
Bagaimanapun Islam sebagai satu elemen penting yang memberikan tafsiran ‘Melayu’ di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 160 (2) sering ditinggalkan apabila tafsiran filem Melayu dibuat. Kajian ini cuba melihat bagaimana Syariat Islam yang menentukan cara hidup seseorang Muslim dan masyarakatnya sehari-hari digunakan oleh seseorang pengarah berbangsa Melayu dan beragama Islam dalam menentukan hubungan sebab akibat dalam naratif filemnya. Melalui kajian ini diharapkan sebuah diskusi baru tentang Sinema Melayu akan diwujudkan, dengan menjadikan Islam sebagai salah satu
elemennya yang paling penting, kerana filem tidak lain tidak bukan ialah salah satu cabang seni dan budaya masyarakat Melayu beragama Islam itu sendiri.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MUHSIN RAMLI FF 14_5.pdf] Text
PPb_MUHSIN RAMLI FF 14_5.pdf

Download (345kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15062

Indexing

Statistic

Statistic details