Perkembangan pesat dalam bidang sains, teknologi dan komunikasi global menuntut sesuatu bahasa untuk terus berkembang agar kekal relevan sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran moden. Bahasa Arab yang berakar kukuh dengan tradisi klasik dan warisan keagamaan turut berhadapan cabaran untuk mengekalkan fungsi komunikatifnya dalam dunia kontemporari tanpa menjejaskan identiti linguistiknya. Dalam konteks ini, penubuhan Akademi Bahasa Arab Kaherah (ALAC) pada tahun 1932 merupakan satu langkah penting dalm usaha perancangan bahasa secara institusional. Walaupun kajian terdahulu banyak meneliti sejarah penubuhan ALAC dan tokoh yang terlibat, analisis komprehensif yang menghubungkan peranan ALAC dengan perkembangan Bahasa Arab Standard Moden (MSA) dari masih terhad. Artikel ini bertujuan meneliti latar sejarah penubuhan ALAC serta menganalisis sumbangannya terhadap perkembangan MSA berdasarkan kerangka teori perancangan bahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan menunjukkan bahawa ALAC memainkan peranan signifikan dalam pembinaan istilah saintifik, pembangunan leksikografi moden, reformasi tatabahasa serta standardisasi penggunaan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, terdapat jurang antara perancangan bahasa institusi dan penggunaan sebenar dalam masyarakat, khususnya dalam era digital. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih kritikal tentang peranan institusi dalam memastikan kerelevanan bahasa dalam landskap moden.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Darman, Maizatul Ikramina Izzati maizatul_darman_mq23@iluv.ums.edu.my |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Foreign study P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
| Journal or Publication Title: | i-LEdHS 2026 Conference Proceedings |
| ISSN: | 978-629-93193-0-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 454-464 |
| Keywords: | Arabic language, Language planning, Research |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150539 |
150539.pdf
