Tidak semua data penyelidikan perlu menjalani ujian normaliti secara membuta tuli kerana pemilihan ujian statistik sebenarnya bergantung kepada persoalan kajian, tujuan analisis, dan jenis data yang dikumpul. Walaupun andaian normaliti perlu dipertimbangkan untuk kaedah parametrik tertentu, penyelidik masih boleh memilih pendekatan alternatif yang tidak bergantung pada taburan normal yang ketat seperti ujian bukan parametrik (contohnya Mann-Whitney U) atau kaedah moden seperti Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Justeru, penyelidik tidak seharusnya menganggap data yang tidak bertaburan normal termasuk data soal selidik berskala Likert sebagai satu masalah, sebaliknya perlu lebih fokus kepada kesesuaian kaedah analisis berbanding sekadar mengikut senarai semak prosedur.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jamil, Nur Izzah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
| Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
| ISSN: | 2785-9126 |
| Keywords: | Ujian normaliti, analisis statistik, penyelidikan |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150444 |
150444.pdf
