Isu kemampuan untuk memiliki rumah terus menjadi cabaran utama terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia, terutamanya dalam konteks pasaran perumahan yang menunjukkan ketidakseimbangan ketara antara kenaikan harga rumah dan tahap pendapatan isi rumah. Keadaan ini telah menyebabkan pihak kerajaan dan institusi kewangan memperkenalkan pelbagai bentuk pembiayaan kreatif sebagai alternatif kepada pembiayaan perumahan konvensional. Walaupun skim pembiayaan kreatif seperti sewa beli, pembiayaan berasaskan perkongsian ekuiti, dan skim pembayaran fleksibel telah diperkenalkan, akan tetapi penelitian akedemik yang menyeluruh berkaitan skop tersebut belum pernah dijalankan. Kajian yang menyentuh dengan lebih lanjut berkaitan penilaian keberkesanan mekanisme ini masih terhad. Kekurangan kajian ini menimbulkan jurang pengetahuan yang menyukarkan pemahaman yang jelas tentang bagaimana pembiayaan kreatif dapat menyokong agenda pemilikan rumah mampu milik secara lebih berkesan. Artikel ini merupakan satu tinjauan literatur yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis pembiayaan kreatif di Malaysia dan faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan pembiayaan, serta menilai potensi pembiayaan kreatif untuk pemilikan rumah mampu milik. Dapatan menunjukkan bahawa pembiayaan kreatif berpotensi untuk membantu pembeli melalui pengurangan kos permulaan, pilihan pembayaran yang lebih fleksibel dan akses pembiayaan yang lebih inklusif terutamanya bagi mereka yang gagal memenuhi syarat pinjaman konvensional. Namun begitu, cabaran seperti tahap kesedaran yang rendah, ketidakjelasan maklumat dan pengetahuan berkaitan skim dan risiko kewangan jangka panjang turut dikenal pasti. Implikasi kajian menegaskan bahawa pembiayaan kreatif boleh menjadi pelengkap penting kepada agenda perumahan mampu milik sekiranya disokong dengan pengukuhan dasar dan panduan pelaksanaan yang lebih jelas serta penyelidikan lanjut bagi menilai keberkesanan pembiayaan kreatif secara emprikal.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Norsaidi, Nur Farah Aisyah nurfarahaisyah@graduate.utm.my Samsudin, Salfarina UNSPECIFIED Raid, Maryanti Mohd UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Housing > Malaysia H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
| Journal or Publication Title: | i-LEdHS 2026 Conference Proceedings |
| ISSN: | 978-629-93193-0-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 156-167 |
| Keywords: | Home ownership, Housing, Low-income housing |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150008 |
150008.pdf
