Konsep penerapan adab telah mendapat perhatian oleh pihak Universiti Teknologi MARA bagi merealisasikan pelaksanaan Pendidikan 5.0 di UiTM. Pengenalan kepada model A.D.A.B sebagai rekabentuk penyampaian pengajaran, diinspirasikan dari perkataan adab yang diaplikasi di dalam “B” (Built-in Belief) semasa pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak dari amanat sulung dan ucapan Hari Akademia 2021 yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, model A.D.A.B mula diperkenalkan untuk dibudayakan di dalam pelan ODL 4.0 di UiTM. Kajian lepas mendapati model A.D.A.B adalah lebih baik berbanding dengan model rekabentuk pengajaran yang lain. Justeru, kajian ini akan meneroka aplikasi model A.D.A.B dalam kaedah penerapan nilai murni bagi kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dan pemerhatian telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti9 secara tematik.
Dapatan menunjukkan aplikasi model A.D.A.B dalam kaedah penerapan nilai murni bagi kursus MPU di UiTM telah berlaku melalui tiga kaedah iaitu kaedah pelaksanaan, metodologi pengajaran, dan kaedah pentaksiran. Ketiga-tiga kaedah ini boleh menjadi rujukan para pensyarah dan pelajar UiTM dalam merealisasikan aplikasi A.D.A.B serta menerapkan nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Soh, Noor Syahida noors8233@uitm.edu.my Mohamad Zaini, Mohd Norazri norazri7082@uitm.edu.my Mohd Sairi, Faridah faridah0052@uitm.edu.my Shafiq Ayob, Mohd Annas mohdannas0382@uitm.edu.my Abdul Aziz, Azhar azhar952@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LC Special aspects of education > Moral and religious education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | Asid colloquium series 2025 extended abstract book |
| ISSN: | 97826299912958 |
| Page Range: | pp. 15-21 |
| Keywords: | Model A.D.A.B, Kursus MPU, Nilai murni, Pendidikan 5.0 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149831 |
149831.pdf
