Kopi - keperluan atau gaya hidup?

Wan Ibrahim, Wan Suhaifiza (2025) Kopi - keperluan atau gaya hidup? e-DINAMIK. pp. 666-667. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini meneroka dan menganalisis fenomena evolusi budaya pengambilan kopi dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda, daripada sekadar minuman harian kepada satu gaya hidup moden. Perbincangan merangkumi dwifungsi kopi: pertama, sebagai keperluan fungsi yang meningkatkan tenaga, fokus, mood, dan metabolisme serta memberikan faedah kesihatan menerusi kandungan kafein dan antioksidan; dan kedua, sebagai simbol gaya hidup dan budaya bersosialisasi yang terinspirasi daripada konsep kafe Eropah. Kemunculan pelbagai kedai kopi moden berkonsepkan grab and go mahupun kafe estetik yang menawarkan seni latte, khidmat barista, serta pelbagai hidangan pencuci mulut menunjukkan perkembangan pesat industri ini di Malaysia. Kesimpulannya, pengamalan pengambilan kopi hari ini bukan lagi terhad kepada pemenuhan fisiologi semata-mata, malah telah berkembang menjadi trend sosial, amalan kebudayaan urban, dan pilihan gaya hidup yang signifikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149763.pdf]
Text
149763.pdf
Download (610kB)
Indexing & Metrics