Dari roti bakar Hutton Lane ke mee sotong legend

Ilham, Nur Iqtiyani and Ahmad, Norlee Husnafeza (2025) Dari roti bakar Hutton Lane ke mee sotong legend. e-DINAMIK. pp. 660-661. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pengalaman pelancongan gastronomi (food hunting) semasa menghadiri persidangan di Pulau Pinang pada awal Ogos 2025. Penulisan ini meneliti daya tarikan warisan kuliner tempatan menerusi kunjungan ke beberapa lokasi ikonik seperti Hutton Lane yang terkenal dengan sajian roti bakar arang sejak tahun 1957, serta Padang Brown yang menyajikan mee sotong dan pasembur sotong dengan rasa yang unik dan asli. Di samping itu, pengalaman menaiki feri ke Seberang Perai sambil menikmati keindahan pemandangan George Town dan juadah tempatan seperti cempedak serta pisang goreng turut mengetengahkan keunikan pengangkutan warisan sebagai sebahagian daripada elemen daya tarikan pelancongan. Secara keseluruhannya, naratif ini mengagumi peranan kepelbagaian kuliner tempatan dan perkhidmatan pengangkutan awam ikonik dalam memperkasakan sektor pelancongan budaya serta ekonomi setempat di Pulau Pinang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149402.pdf]
Text
149402.pdf
Download (671kB)
Indexing & Metrics