Perkahwinan di dalam budaya Melayu sangat kaya dengan adat dan tradisi yang telah menjadi akar umbi sejak dari dahulu lagi. Adat memberi hantaran sirih junjung merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu terdahulu. Ia adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan dan penyatuan sebuah keluarga baru di kedua-dua belah pihak. Sirih junjung adalah sebuah ciptaan hiasan seni kreatif yang terdiri daripada bahan utama iaitu daun sirih, bunga-bungaan dan pelbagai hiasan yang diletakkan pada dulang, bekas atau junjung. Ianya melambangkan keindahan, penyatuan, dan pertemuan dua buah keluarga baru. Adat dalam memberi hantaran sirih junjung ini melibatkan proses memberi dan menerima, serta mempunyai simbolik yang sangat mendalam. Sirih junjung merupakan elemen utama dan menjadi kepala (ketua) dulang hantaran kepada dulang-dulang yang lain.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Asrol asrol726@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Abdul Karim, Izza Syahida izzasyahida@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social interaction H Social Sciences > HM Sociology > Social values |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Adat Perkahwinan, Melayu, Moden Sirih junjung, Perkahwinan, Kreatif, Tradisional, Simbolisme, Tradisi budaya Melayu |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149333 |
149333.pdf
