Taklimat auditee surveillance audit 1 (SV 1) ISO 9001:2015 LRQA

UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) (2026) Taklimat auditee surveillance audit 1 (SV 1) ISO 9001:2015 LRQA. KUALITI. pp. 1-4. ISSN 2976-2596
Abstract

Dalam usaha memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus diperkasa secara sistematik, berkesan dan berterusan, Taklimat Auditee bagi Surveillance Audit 1 (SV 1) ISO 9001:2015 Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) telah diadakan pada 16 Mac 2026, jam 9.00 pagi melalui platform Google Meet. Taklimat ini merupakan salah satu langkah persediaan penting bagi memastikan kesemua 9 Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat memahami keperluan, skop dan pendekatan audit yang akan dilaksanakan di bawah Skop Audit: Pengurusan Korporat Universiti Awam. Sesi taklimat yang sarat dengan penerangan dan perkongsian berkaitan kesiapsiagaan audit ini telah disampaikan oleh Ir. Dr. Ruqayyah Ismail, Ketua Sistem Audit UiTM. manakala sesi berkenaan telah dimoderator oleh Ts. Syed Harun S. Mohd, Penolong Pendaftar Kanan, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Gandingan ini memberikan nilai tambah kepada sesi taklimat melalui penyampaian yang berstruktur serta pengurusan sesi yang teratur, sekali gus membantu auditee memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai persediaan yang diperlukan sebelum berlangsungnya sesi audit.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149086.pdf]
Text
149086.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics