CEO talk: sesi satu

Abdul Karim, Izza Syahida and Ab. Hamid, Abu Hanifa (2023) CEO talk: sesi satu. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Pada semester Oktober 2022 – Februari 2023 yang lepas, Jabatan Seni Reka Perindustrian di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program Pengajaran Kolaboratif CEO Talk: Guide to Entrepreneurship. Program ini terbahagi kepada dua sesi, yang berlangsung pada hari Ahad, 8 & 15 Januari 2023, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara bersemuka yang bertempat di Foyer Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah. Program ini merupakan program Pengajaran Kolaboratif bersama beberapa rakan industri yang secara tidak langsung untuk memudah cara pengajaran, mendidik, membimbing dan berkongsi pengalaman bersama para pelajar bagi memperkasa pengetahuan dan pembelajaran kendiri pelajar. Pada semester Oktober 2022 – Februari 2023 yang lepas, Jabatan Seni Reka Perindustrian di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program Pengajaran Kolaboratif CEO Talk: Guide to Entrepreneurship. Program ini terbahagi kepada dua sesi, yang berlangsung pada hari Ahad, 8 & 15 Januari 2023, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara bersemuka yang bertempat di Foyer Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah. Program ini merupakan program Pengajaran Kolaboratif bersama beberapa rakan industri yang secara tidak langsung untuk memudah cara pengajaran, mendidik, membimbing dan berkongsi pengalaman bersama para pelajar bagi memperkasa pengetahuan dan pembelajaran kendiri pelajar. Program ini melibatkan 3 orang rakan dari industri, iaitu Encik Megat Azim Jamil, Pengasas dan Chief Executive Officer (CEO) bagi MUULK Holdings Sdn Bhd. Manakala, Cik Noor Azura Abd Rahim dan Cik Noor Azliza Abd Rahim pula rakan industri yang mana merupakan Pengasas serta CEO bagi DEJUAMON Design. Seramai 25 orang pelajar teribat dalam Pengajaran Kolaboratif ini yang mengambil kursus IDT318 – Presentation for Commercialization. Objektif program Pengajaran Kolaboratif bersama beberapa rakan industri ini bertujuan untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pengetahuan pelajar terutama dalam melahirkan usahawan di kalangan pelajar bidang seni industrial di Malaysia bersama penceramah dari industri yang juga Alumni UiTM & OUM. Program ini juga dapat melihat dan menilai keberkesanan kolaboratif dalam meningkatkan pengetahuan pelajar terutama dalam seni industrial di Malaysia. Ia juga dapat melibatkan pelbagai strategi perkongsian ilmu yang bukan sahaja menekankan penguasaan kandungan dan idea semata-mata, tetapi juga menggabungkan kemahiran sedia ada pelajar melalui pendekatan keusahawanan yang efisien dari industri. Bagi sesi pertama CEO Talk: Guide to Entrepreneurship pada 8 Januari 2023, pihak jabatan telah menjemput Pengasas dan Chief Executive Officer (CEO) Muulk Holdings Sdn. Bhd., iaitu Encik Megat Azim Jamil ke KPSK UiTM Kedah bagi memberikan input serta pandangan tentang cara mengendalikan syarikat serta pengalaman bagi memastikan bidang industri yang diceburi itu berjaya. Dari programmer ke penternak yang berjaya, syarikat beliau telah berjaya mengeluarkan pelbagai jenis makanan dan minuman dari produk tenusu. Beliau menyatakan bahawa minat sahaja tidak mencukupi bagi memastikan kejayaan sesebuah syarikat atau perniagaan itu. Ia memerlukan ilmu keusahawanan serta proses pembelajaran yang berterusan, lebih-lebih lagi jika sekiranya bidang perniagaan yang diceburi itu tidak sama dengan bidang yang dipelajari di universiti. Beliau juga memberikan tips serta makluman mengenai asas perancangan serta persediaan diri sebagai usahawan yang mana ia juga penting bagi memastikan potensi perniagaan ke arah yang maksimum. Pihak Jabatan Seni Reka Perindustrian di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah amat berbesar hati dengan kehadiran rakan industri dengan maklumat yang telah disampaikan kepada para pelajar. Pihak KPSK mengharapkan agar Pengajaran Kolaboratif CEO Talk: Guide to Entrepreneurship ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar mengenai manfaat keusahawanan serta meningkatkan semangat untuk terus berusaha agar cemerlang dalam pencapaian akademik serta berkebolehan dari semua aspek.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148718.pdf]
Text
148718.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics