Abstract
Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di kalangan
pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada
dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masyarakat juga dimaklumkan
bahawa pencapaian matematik pelajar di luar bandar adalah lebih
rendah berbanding pelajar bandar. Mengambil kira senario ini,
Projek Khidmat Masyarakat (PKM) telah dilaksanakan oleh
beberapa orang pensyarah matematik (JTMSK) untuk membantu
pihak sekolah mempertingkatkan motivasi pelajar dalam
mempelajari matematik. PKM telah dijalankan terhadap 45 orang
pelajar dari sebuah sekolah luar bandar di Pulau Pinang. PKM
memberi tumpuan dalam peningkatan kefahaman sistem nombor
peringkat rendah yang merupakan asas kepada mata pelajaran
matematik dengan berbantukan teknologi maklumat. Kejayaan PKM
didapati bersandar kepada beberapa pihak, umpamanya, jabatan
pelajaran negeri, pihak sekolah, kemudahan peralatan, pihak
UiTM, bahan pengajaran dan pembelajaran serta sikap pelajar
itu sendiri.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kechil, Rafizah UNSPECIFIED Bahari, Peridah peridahb@ppinang.uitm.edu.my Hamed, Salina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Student guidance and counseling. Personnel service. General works L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Children in rural areas. Rural education. Rural schools |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Academic Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ESTEEM Academic Journal (EAJ) |
ISSN: | 1675-7939 |
Volume: | 3 |
Page Range: | pp. 137-151 |
Keywords: | Pencapaian pelajar; Mata pelajaran Matematik; Projek Khidmat Masyarakat |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14868 |