Kaedah Orang Lidi (PIK) ini bertujuan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan BM SPM KSSM yang membawa nilai markah terbesar iaitu 70 markah. Kami memfokuskan kepada bahagian penting dalam penulisan karangan; iaitu Pendahuluan, Isi dan Kesimpulan (PIK) yang digambarkan dalam lakaran Orang Lidi. Tinjauan awal didapati murid menghadapi masalah dalam memulakan karangan dan tidak tahu bahagian penting (PIK) yang perlu ada dalam sesebuah karangan. Adalah sangat penting untuk murid-murid mengetahui bahagian-bahagian penting dalam penulisan karangan. Kaedah Orang Lidi ini kami jalankan dengan menggabungkan kaedah lukisan dalam PdPc Bahasa Melayu. Kami menggunakan pendekatan lukisan Orang Lidi untuk menjelaskan bahagian-bahagian penting dalam penulisan karangan. Menulis karangan lebih jelas dengan menggunakan kaedah ini. Kami menggunakan inovasi ini kurang lebih 15 tahun. Pada tahun 2019 Kaedah PIK dalam penulisan karangan telah memenangi anugerah emas. Pada tahun tersebut, SPM masih lagi berteraskan KBSM. Apabila ada sedikit perubahan dalam menjawab soalan karangan BM SPM KSSM, kami telah menginovasikan Kaedah Orang Lidi (PIK) dengan cara yang lebih berbeza, mudah dan senang dikuasai. Kaedah ini telah dimuatkan dalam bentuk Kit Pembelajaran BM SPM Cikgu Jay (Jalil & Yati) yang telah terjual sebanyak 28 ribu buah naskhah sejak 2022 hingga 2024. Kaedah ini pernah membawa Cikgu Jay memenangi Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Selangor pada tahun 2019.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Yunus, Mohamad Jalil UNSPECIFIED Mat Ali, Norhayati UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Problem-based learning L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 387-391 |
| Keywords: | PIK, Orang lidi, SPM, Karangan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148595 |
148595.pdf
