Batik Merbok telah menyahut saranan kerajaan, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT yang merangka program Semarak Siswa Madani di seluruh Universiti Awam dalam matlamat untuk menjadikan ketampakan universiti sebagai satu agen transformasi dan pembangunan sosio masyarakat yang memanfaatkan komuniti setempat. Dalam program yang diadakan pada 16 Julai 2023 Bertempat di Dewan Kampung Bujang, Kedah, Batik Merbok memperkenalkan 4 aktiviti kepada Komuniti Kampung iaitu Aktiviti tie & dye (ikat celup), aktiviti lakaran, mencanting batik dan mewarna batik secara berkumpulan. “Apa itu Batik” telah memberi satu pengenalan tentang sejarah batik yang rata-rata generasi muda kurang arif dan kurang menghargai seni batik. Justeru itu, dengan program yang diadakan ini, masyarakat dapat mendekati secara bertulis, melakar, merekod dan seterusnya menjadi tatapan umum. Ia juga bertujuan memupuk generasi akan datang faham setiap unsur yang dipamerkan ini adalah pemangkin yang kaya dengan pelbagai tafsiran dan kepentingan budaya. Selain itu, objektif Batik Merbok melaksanakan aktiviti adalah bertujuan untuk mengukur kebolehan untuk membezakan apa itu warna panas, warna sejuk dan warna komplimentari. Ia juga dapat mempelajari kemahiran untuk menggabungkan kombinasi warna yang bersesuaian, menghasilkan reka corak dalam teknik pembuatan seterusnya dapat melegakan tekanan ‘Stress relief”. Hasil pembelajaran dari bengkel ini, peserta dapat mempelajari pelbagai bentuk pembuatan batik yang boleh diketengahkan terutamanya dalam bentuk penjanaan pendapatan masyarakat setempat sekaligus mengekalkan nilai-nilai sejarah seni.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my Md Shahid, Shuhaila shuhaila@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Abdul Karim, Izza Syahida izzasyahida@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Program Semarak Siswa Madani, Batik Merbok, Pendidikan dan warisan seni batik, Pembangunan komuniti dan keusahawanan seni |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148418 |
148418.pdf
